Pada 31 Julai lalu, anak2 saya nan bertiga itu telah mula ke kelas tambahan. Kelasnya dari pukul 2.00-3.30 ptg. Memang agak kelam kelibut jadinya tengahari terutamanya Asmaa' yang kami telah tegaskan tentang kewajipan bersolat pada usianya tu. Tapi alhamdulillah sekarang mereka sangat memahami jadual baru mereka.
Subjek yang terlibat adalah SEMUA untuk Usamah dan Uwaiys dan begitu juga Asmaa'. Perkembangan mereka ini insya ALLAH akan selalu saya perhatikan dan keputusan sama ada meneruskan kelas ini adalah sangat bergantung kepada perkembangan mereka terutamanya dalam berbahasa Cina. Memang ada sekali dua terdengar Uwaiys bercakap sepatah dua ayat tapi saya tak dapat nak sahihkannya dan saya anggap itu adalah perkembangan terkini merekalah juga.
5 jam seminggu itu harganya RM 360 (RM 120/person). Mahal dari yuran tadika Uwaiys dan Usamah yang tak sampai RM 50/person sebulan. Jadi, semoga pelaburan ini berbaloi hendaknya. Oh ye... Asmaa' juga dihantar supaya dia ada sikit2 pendedahan dalam bahasa Cina.
:)
Menunggu suami balik, siap buat kuah durian utk sarapan esok, kain dah sidai dan dah lipat ~ dianya tak sampai2...adakah perlu sambil berjaga? Tak aci ek kalau tidur sambil menunggu... *erk, suami saya pernah miskol sampai 7 kali tapi kami tak dengaq padahai tepon dok depan hidung kami ja :P
*Nampak gaya ada baiknya kalau dibaiki pintu rumah kita incik kanda. Supaya kanda boleh kuncinya sendiri... bukan tidak mahu menunggu mu di muka pintu...bimbang dinda yang lena tak sedar kanda kat luar rumah :P
Tepon abis bateri, charger di rumah mertua..
Anak kat dalam rumah dah bangun dan dah siap2 nk ke umah mertua...
tinggal nak suruh Asmaa' siapkan jadual sekolah dia esok, pastu nak kasi anak kat luar rumah mamam...
Telur burung dan itik dalam inkubator menetas, takleh nk call incik suami nak buat mcm mana....
Ahmadi.....kamu buat apakah pada tepon umi smlm sampai abis baterinya??? waaaaaaaaaa...
Banyak cara sebenarnya untuk menambah keberkatan di dalam masakan :
Sambil menggoreng cucur contohnya, sambil meletak satu persatu cucur ke dalam kuali boleh berzikir :) Mudah2an lebih berkat
Selain itu, ketika membasuh beras banyakkan selawat terutamanya selawat syifa.
Semasa menghiris bawang, sekali hiris satu zikir.
Sambil mengacau gulai, amalkan surah An-Naml : 30-31
:))
Anak kat luar dah mamam, nak buat makanan untuk anak dalam rumah pulak :D Padanlah incik somi sll bising suruh keluar rumah rupanya seronok main dgn diaekor :P
Bakal melalui Khamis, Jumaat & Sabtu dengan anak-anak : Plan arini 1 video, 5 ms latihan.... tadi dah abis satu video, diorang buat latihan 5 ms takdan 5 minit..sll tu berejam!!
Alhamdulillah..taktik ni menjadi tapi tidak akan saya lakukan selalu sebab mereka perlu memahami kenapa mereka perlu membuat sedikit latihan setiap hari... Sekurang-kurangnya ketika abah mereka tiada, taktik ini memang sangat menjadi