twitter
rss

Pada 31 Julai lalu, anak2 saya nan bertiga itu telah mula ke kelas tambahan. Kelasnya dari pukul 2.00-3.30 ptg. Memang agak kelam kelibut jadinya tengahari terutamanya Asmaa' yang kami telah tegaskan tentang kewajipan bersolat pada usianya tu. Tapi alhamdulillah sekarang mereka sangat memahami jadual baru mereka.

Subjek yang terlibat adalah SEMUA untuk Usamah dan Uwaiys dan begitu juga Asmaa'. Perkembangan mereka ini insya ALLAH akan selalu saya perhatikan dan keputusan sama ada meneruskan kelas ini adalah sangat bergantung kepada perkembangan mereka terutamanya dalam berbahasa Cina. Memang ada sekali dua terdengar Uwaiys bercakap sepatah dua ayat tapi saya tak dapat nak sahihkannya dan saya anggap itu adalah perkembangan terkini merekalah juga.

5 jam seminggu itu harganya RM 360 (RM 120/person). Mahal dari yuran tadika Uwaiys dan Usamah yang tak sampai RM 50/person sebulan. Jadi, semoga pelaburan ini berbaloi hendaknya. Oh ye... Asmaa' juga dihantar supaya dia ada sikit2 pendedahan dalam bahasa Cina.


Asmaa', Usamah, Uwaiys dah mula tuisyen hari ini. Bermulalah episod baru kesunyian sehingga jam 330 ptg. Umi tak mampu mengajar bahasa Cina kepada kalian, jika umi ada ilmu itu, insya ALLAH akan umi lakukannya sendiri... *kelip2 mata nampak duit terbang*
pada 31hb Julai pukul 2.56 ptg ·  · 

  • Rnoor Ry dan Syafiqa Aiza menyukainya.

    • Makcik Rehan takpalah, at least umi dgn abah buleh ajor bahasa arab :)
      pada 31hb Julai pukul 2.58 ptg · 

    • Norhafizah Madzlan alemak...bahasa arab saya, arab tak naik unta :P Nejad lain lah... nges nges... koman2 Mencah dah tau Maklimah tu ape, anak2 saya, tatau lah...huhuhu
      pada 31hb Julai pukul 3.02 ptg · 




0 comments:

Post a Comment